“Bukan sikit, ratus-ratus ribu” – Lagi Kes Hutang, Fouziah Gous Tuntut Rakan Industri Langsai Wang Dipinjam

Entertainment
4 Jul 2023 • 11:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, heboh mengenai kes usahawan Dato Aliff Syukri yang didakwa menuntut hutang jutaan ringgit dari seorang individu yang berpangkat Tan Sri, juga seorang bekas menteri.

Hari ini, pelakon serta usahawan Fouziah Gous pula buka cerita ada seorang rakan industri yang berhutang ratusan ribu dengannya.

Apabila ditanya, individu berkenaan tidak membalas dan memberi respon berkenaan sejumlah wang yang dipinjamnya itu.

“Kalau saya nak dedahkan siapa dia memang mudah, tapi bukan itu yang saya akan lakukan. Saya tolong dengan seikhlas hati. Andai dia mendengar apa yang saya cakap ini, cuma nak beritahu saya terkilan.

Saya dan pihak peguam pun ada buat surat (perjanjian), dalam surat tu tiada minta pun untuk bayar bunga. Cuma saya minta dia nanti kalau ada masa buatlah beberapa content di media sosial. Tapi dia tak commit, tiada khabar langsung,” katanya.

Menerusi satu temu ramah dengan Melodi TV3, Fouziah meluahkan rasa kesalnya berkenaan isu ini, malah dia turut memberitahu individu itu sering membuat live di TikTok tanpa melakukan kerja yang mereka telah persetujui.

Masa tengah susah setiap hari telefon saya, kadang tengah malam dia telefon. Dia seorang lelaki dan tak manis la malam-malam telefon saya.

Saya follow media sosial dia, kadang-kadang nampak je dia selalu buat live dekat TikTok. Tapi suruh buat kerja saya yang bagi itu tak buat pun,” luahnya.

Pelakon drama Sara Sajeeda itu hanya mampu berharap individu itu tampil memlangsaikan hutangnya dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Hmm, siapa pulak ni?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.