“Bukan Tak Jaga Kebersihan Tapi..” – Pemandu E-Hailing Alami SIndrom Bau Ikan Hanyir Sediakan Notis Curi Tumpuan Ramai

9 Apr 2026 • 1:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat untuk mengaitkan bau badan yang kurang menyenangkan dengan sikap tidak menjaga kebersihan diri. Namun, satu perkongsian di media sosial baru-baru ini membuktikan bahawa tanggapan tersebut tidak semestinya benar.

Seorang pengguna Threads, @husnazaris, berkongsi pengalaman bertemu seorang pemandu sebuah syarikat e-hailing yang mempunyai bau badan hanyir namun puncanya bukanlah kerana pengabaian kebersihan, sebaliknya disebabkan penyakit jarang ditemui.

Advertisement

image is not available

Menerusi gambar yang dikongsikan, pemandu tersebut meletakkan satu notis di bahagian belakang tempat duduk sebagai makluman kepada penumpang.

“Hello saya pemandu  yang mengalami masalah metabolisme (Metabolic Disorder), masalah yang tiada ubat tetapi saya pembersih, harap maaf,”

Notis itu secara tidak langsung membuka mata ramai bahawa ada keadaan kesihatan tertentu yang berada di luar kawalan seseorang individu.

Apa Itu TMAU?

Penyakit yang dimaksudkan dikenali sebagai Trimethylaminuria (TMAU), atau lebih dikenali sebagai sindrom bau ikan.

Ia merupakan gangguan metabolik yang jarang berlaku, di mana tubuh tidak mampu memecahkan sebatian kimia dipanggil trimethylamine. Dalam keadaan normal, bahan ini akan diproses menjadi tidak berbau.

image is not available

Namun bagi penghidap TMAU, bahan tersebut terkumpul dalam badan dan dilepaskan melalui peluh, air kencing dan pernafasan menyebabkan bau kuat seakan ikan busuk.

Walaupun Berpenyakit, Tetap Jaga Kebersihan

Menurut individu yang berkongsi pengalaman tersebut, pemandu berkenaan sebenarnya sangat menjaga kebersihan diri dan kenderaannya.

Malah, dia menyatakan tidak menghidu bau yang kuat seperti yang digambarkan, walaupun mempunyai deria bau yang sensitif. Pemandu itu juga dilihat berusaha mengurangkan bau dengan mengunyah gula-gula getah.

Keadaan kereta yang bersih dan wangi turut memberikan pengalaman perjalanan yang selesa.

Jangan Terburu-Buru Menghukum

Perkongsian ini membuka mata ramai tentang kewujudan penyakit jarang seperti TMAU yang mungkin tidak diketahui umum.

Kesedaran terhadap penyakit seperti ini bukan sahaja menambah pengetahuan, tetapi juga membantu membentuk masyarakat yang lebih empati dan memahami.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-04-08 13:19:46

Individu Dakwa Diarah Untuk Tidak Hadir Majlis Konvo, Asyraf Wajdi Beri Respon - "Ini Kali Pertama Saya Dengar"

The post “Bukan Tak Jaga Kebersihan Tapi..” – Pemandu E-Hailing Alami SIndrom Bau Ikan Hanyir Sediakan Notis Curi Tumpuan Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.