“Bukan Tentang Burung” – Luahan Abby Abadi Tentang ‘Terbang Dengan Satu Sayap’ Curi Perhatian

Entertainment
25 Jun 2026 • 8:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik satu luahan penuh makna di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Abby memberi gambaran tentang perjuangan seseorang yang terpaksa meneruskan perjalanan sendirian meskipun berdepan pelbagai kesukaran.

Abby Abadi mahu ceritakan segalanya apabila tiba masanya

Dalam hantaran tersebut, Abby menggunakan perumpamaan seekor burung yang terpaksa terbang hanya dengan sebelah sayap.

abby abadi

Namun, Abby menegaskan bahawa luahan tersebut sebenarnya membawa maksud yang lebih mendalam. Bukan kisah ‘burung’ semata-mata.

Bagaimanapun, ibu kepada Marissa Dania itu tidak menjelaskan individu atau perkara sebenar yang dimaksudkan dalam perkongsian tersebut.

abby abadi
abby abadi

Perkongsian ringkas itu menerima perhatian ramai termasuk rakan artis, Azza Elite yang berseloroh supaya menjaga kehidupan masing-masing.

aslam

Terdahulu, bekas suami kepada Marissa Dania memuat naik kata-kata yang turut dikaitkan dengan burung.

Ada yang menilai terlerainya sangkar, namun tidak pernah tahu mengapa burung memilih terbang. Cukuplah mengisi bekal untuk hari esok, bukan mencari cela di halaman orang.

Aslam bagaimanapun tidak menjelaskan maksud sebenar perkongsian tersebut, namun ia dibuat dua hari selepas perceraiannya dengan Marissa disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Pssttt! Kadang-kadang sesuatu luahan membawa cerita yang hanya difahami oleh individu yang melaluinya. Selagi Abby belum menjelaskan maksud sebenar perkongsiannya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat andaian yang boleh mengeruhkan keadaan.

Kredit: Thread Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Bukan Tentang Burung” – Luahan Abby Abadi Tentang ‘Terbang Dengan Satu Sayap’ Curi Perhatian appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved