‘Bukan untuk berlumba, bukan menunjuk hebat’ – Peserta RXZ Members 8.0

LocalCars
30 Jul 2026 • 6:25 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Peminat motosikal Yamaha RX-Z berkumpul menjelang RXZ Members 8.0 di Gong Badak Terengganu

Menjelang RXZ Members 8.0 yang bakal berlangsung di Gong Badak, Terengganu, para peserta menyifatkan kehadiran mereka ke himpunan berkenaan bukan untuk berlumba atau menunjuk kehebatan, sebaliknya meraikan minat serta mencipta kenangan bersama.

Menerusi perkongsian di Facebook Sindiket Liar, peserta meluahkan keterujaan untuk hadir ke acara itu yang dianggap sebagai peluang menghidupkan kembali hobi yang tertangguh.

“Kami datang… bukan untuk berlumba, bukan untuk menunjuk hebat. Kami datang sebab minat, demi hobi yang tertunggak, untuk merasa suasana, untuk support event dan yang pasti untuk cipta kenangan bersama. Gong Badak kami datang!!!”

RXZ Members 8.0 dijadualkan berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2026 bertempat di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Himpunan peminat Yamaha RX-Z itu dijangka menarik kehadiran sekitar 100,000 hingga 120,000 peserta dari seluruh negara, sekali gus menjadi antara acara permotoran terbesar yang menghimpunkan komuniti peminat motosikal legenda Yamaha RX-Z.

Baca juga:

Terdahulu, penganjur RXZ Members 8.0 mengambil pendekatan berbeza apabila menukar slogan ikonik perhimpunan itu daripada ‘Yang Kental, Pasti Sampai’ kepada ‘Yang Santai, Pasti Sampai’ sebagai simbol komitmen terhadap keselamatan penunggang.

Perubahan slogan itu diumumkan bersama tanda pagar #ZeroKemalanganMaut sebagai mesej untuk menggalakkan ribuan peserta mengamalkan budaya tunggangan berhemah sepanjang perjalanan ke lokasi acara dan ketika pulang ke destinasi masing-masing.

The post ‘Bukan untuk berlumba, bukan menunjuk hebat’ – Peserta RXZ Members 8.0 appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved