Bukan Untuk Bersihkan Kasut, Inilah Kegunaan Sebenar 4 Item Ini Yang Buat Orang Tertanya-Tanya

4 Jun 2023 • 4:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selama ni, berus pada eskalator dipercayai digunakan untuk ‘menggosok’ kasut

Bukan Untuk Bersihkan Kasut, Inilah Kegunaan Sebenar 4 Item Ini Yang Buat Orang Tertanya-Tanya. Pernahkah anda terfikir tentang perkara tertentu yang anda lihat setiap hari dan apa kegunaannya? Contohnya, berus di tepi eskalator mesti anda fikir adalah untuk gosok kasut atau bahagian yang keras dan kasar di hujung pemadam adalah untuk memadam tanda pen.

Semua andaian anda sebenarnya salah! Ingin tahu apa kegunaan sebenar mereka? Baca lebih lanjut untuk mengetahuinya!

image is not available
Bukan Untuk Bersihkan Kasut, Inilah Kegunaan Sebenar 4 Item Ini Yang Buat Orang Tertanya-Tanya

Lubang tambahan pada kasut Converse

Jika anda pernah memiliki sepasang kasut Converse, anda akan menyedari bahawa terdapat dua lubang tambahan di sisi kasut itu – mencipta rupa yang ikonik kepada kasut Converse.

Anda mungkin fikir lubang ini adalah untuk sekadar fesyen, tetapi lubang ini sebenarnya disertakan bagi memberikan kesesuaian serba boleh untuk orang yang berkaki kurus. Untuk menggunakan lubang tersebut, hanya ikat kasut seperti biasa kemudian pergi melalui kedua-dua lubang di kedua-dua belah dan ketatkan.

image is not available
Kasut Converse selalunya ada dua lubang kecil di sisi kasut, seperti ini.

Bahagian ‘tajam’ pada tiub penutup

Jika anda pernah membeli tiub ubat dari farmasi, anda akan perasan bahawa terdapat bahagian pointy pada penutup tiub itu. Kemungkinan besar, anda tidak pernah menggunakannya jika anda memutuskan untuk membuka seal tiub secara manual.

Tetapi tahukah anda bahawa bahagian pointy ini sebenarnya untuk menusuk seal tiub? Hanya pusingkan penutup dan tebuk seal tiub itu dengan bahagian pointy penutup dan anda akan perasan bahawa bukaan tiub sesuai dengan bentuk bahagian pointy tersebut, membolehkan pembukaan yang mudah.

Bahagian kasar dan keras pada pemadam

Pernahkah anda memiliki pemadam yang terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian lembut, biasanya berwarna merah jambu, dan bahagian kasar, yang biasanya berwarna biru. Anda mungkin berfikir bahawa bahagian biru adalah untuk memadam dakwat pen, kan?

Kegunaan sebenar bahagian biru itu sebenarnya untuk menghilangkan tanda dari kertas tebal. Dulu semasa pemadam ini dibuat, bahagian merah pemadam itu diketahui meninggalkan kesan tertulis di atas kertas walaupun sudah dipadam. Oleh itu, bahagian biru sebenarnya digunakan untuk memadamkan segala-galanya – dan bukan, bahagian biru itu bukan untuk memadam dakwat pen.

image is not available
Kredit: Milan

Berus pada eskalator

Ramai yang percaya bahawa berus di tepi eskalator adalah untuk menggosok atau membersihkan kasut anda semasa anda bergerak naik dan turun eskalator.

Tetapi tahukah anda bahawa berus ini sebenarnya mempunyai kegunaan penting untuk keselamatan? Berus atau juga dipanggil ‘skirt deflector’ sebenarnya direka untuk meminimumkan risiko objek terperangkap di antara tangga dan sisi eskalator, dikenali sebagai skirt eskalator.

image is not available
Berus ini berfungsi sebagai langkah kesalamatan pengguna.

Apa lagi barang harian yang anda tertanya-tanya apa fungsinya?

Lagi di sini: