“Bukan video rasmi” – Menteri MOTAC Kata Video Promosi TMM 2026 Akan Dibuat Semula

LocalEntertainment
9 Jan 2025 • 3:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing memandang serius mengenai isu berhubung video promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 yang menjadi bualan hangat ketika ini.

Justeru, beliau mengarahkan video akan dibuat semula mengikut zon dan tempat menarik di setiap negeri selepas pihaknya mengakui tidak berpuas hati dengan video promosi yang dilancarkan baru-baru ini.

image is not available

Susulan itu, beliau mengarahkan video promosi yang hampir selesai dibuat semula memandang ia belum dimuktamadkan lagi.

“Saya sudah lihat video promosi berkenaan sebab ia terlompat-lompat, sekejap Pahang, sekejap Perak, sekejap Selangor, sekejap Sabah, sekejap balik lagi Pahang. Lompat sini, lompat sana.

“Kalau Pahang terus promosi Pahang. Jangan lompat sini, lompat sana. Kalau kita buat sebegitu, nanti pelancong di luar negara keliru. Jadi, kita mahu promosi itu serius,” katanya.

Bukan video rasmi

Berkenaan isu video montaj berdurasi 41 saat yang mencetuskan kontroversi sejak semalam, beliau menegaskan ia bukan video rasmi yang akan digunakan untuk tujuan promosi kelak.

“Kelmarin, kita cuma rasmi logo sahaja, bukan video promosi Tahun Melawat Malaysia dan ia tidak boleh dijadikan untuk tujuan itu,” katanya.

Dalam pada itu, King Sing mengingatkan semua pihak tidak membangkitkan isu perkauman, keagamaan dan mempolitikkan susulan video montaj terbabit.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.