Bukit Bintang bergema alunan kerohanian ‘Quranic Madani’

8 May 2026 • 8:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bukit Bintang bergema alunan kerohanian ‘Quranic Madani’
Program bertemakan 'Bersatu Dalam Saf' ini berlangsung dari jam 8 malam hingga 11 malam.
Image from: Bukit Bintang bergema alunan kerohanian ‘Quranic Madani’
Antara hadirin yang memenuhi ruang disediakan sejak jam 7 malam.

KUALA LUMPUR - Suasana hiruk-pikuk Bukit Bintang malam ini bertukar lebih tenang dan penuh penghayatan apabila kawasan tumpuan pelancong itu menjadi lokasi penganjuran program kerohanian ‘Quranic Madani: Night Reset’.

Program bertemakan 'Bersatu Dalam Saf' yang berlangsung dari jam 8 malam hingga 11 malam itu menghimpunkan orang ramai untuk bersama-sama mengimarahkan malam Jumaat menerusi pelbagai pengisian rohani di tengah ibu kota.

Antara pengisian utama program ialah solat fardu Isyak dan solat sunat Hajat berjemaah selain bacaan Surah Al-Mulk yang dijadual bermula jam 9 malam.

Program itu turut diserikan dengan tausiah daripada pendakwah terkenal tanah air iaitu Ustaz Farkhan Da’ie, Maulana Khairi dan Ustaz Haris Ismail bagi menyampaikan peringatan serta motivasi kerohanian kepada pengunjung.

**media[3514843]**

Dalam masa sama, kumpulan nasyid Rabbani dijangka memeriahkan suasana menerusi dua persembahan khas pada jam 9.45 malam dan 10.10 malam sebelum majlis perasmian diadakan pada jam 10.40 malam.

Penganjur turut mengajak orang ramai hadir beramai-ramai sambil menasihatkan pengunjung membawa sejadah sendiri bagi memudahkan urusan sepanjang program berlangsung.