Bukit Jalil Bakal Sesak Minggu Ini, 5 Acara Besar Berlangsung Hingga 8 November!

3 Nov 2026 • 5:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kalau korang ada ‘plan’ nak ke Bukit Jalil minggu ini, mungkin lebih baik rancang perjalanan lebih awal. Ini kerana beberapa acara besar bakal berlangsung di sekitar Kompleks Sukan Negara, sekali gus dijangka menarik kehadiran ribuan pengunjung.

Antara acara yang menjadi tumpuan pastinya konsert penyanyi antarabangsa, The Weeknd, selain Karnival Deepavali 2026 dan beberapa acara hiburan serta sukan lain.

Advertisement

The Weeknd, Karnival Deepavali 2026 Antara Tarikan Utama

Bagi peminat muzik, konsert The Weeknd: After Hours ‘Til Dawn Tour akan berlangsung pada 4 dan 5 November 2026 di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Poster konsert The Weeknd: After Hours Til Dawn Tour di Kuala Lumpur pada 4 dan 5 November di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil, menampilkan potret penyanyi itu dengan latar belakang merah serta nama artis jemputan khas Creepy Nuts dan Yusuke Yuk1matsu.

Konsert itu dijangka akan dihadiri oleh lebih 80,000 penonton secara keseluruhan sepanjang dua malam persembahan.

Dalam masa sama, Karnival Deepavali 2026 yang berlangsung sejak 30 Oktober hingga 7 November di Parkir B, KL Sports City turut dijangka menarik kehadiran pengunjung.

Karnival yang menawarkan pelbagai pilihan makanan, barangan perayaan dan aktiviti kebudayaan itu dibuka kepada orang ramai setiap hari.

Bukan Itu Sahaja, Ada Acara Lain Turut Berlangsung

Selain dua acara tersebut, beberapa program lain turut dijadualkan berlangsung di sekitar kawasan Bukit Jalil:

  • 2nd Milo Meets West Invitational Swimming Championship 2026 – 7 dan 8 November di Pusat Akuatik Nasional.

  • Young Captain – 7 November di Unifi Arena.

  • EXISTS: Memento Mori 2.0 – 8 November di Unifi Arena.

  •  

    View this post on Instagram

     

    A post shared by BeautifulNara.com (@beautifulnaradotcom)

    Dengan beberapa acara berlangsung dalam tempoh yang hampir sama, kawasan Bukit Jalil dijangka menerima kehadiran pengunjung yang ramai.

    Jalan Ditutup, Ini Panduan Untuk Pengunjung

    Menerusi panduan yang dikongsikan Perbadanan Stadium Malaysia, pengunjung digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, bas atau perkhidmatan e-hailing bagi mengurangkan kesesakan.

    Infografik panduan pengunjung Perbadanan Stadium Malaysia sempena lima acara di Bukit Jalil dari 4 hingga 8 November 2026. Memaparkan jadual acara, kapasiti parkir, kemudahan surau, pilihan makanan, galakan menggunakan pengangkutan awam dan berkongsi kereta, serta maklumat penutupan laluan inner road dan lokasi Grab Point di Endah Parade pada 4 dan 5 November.Perbadanan Stadium Malaysia  

    Antara kemudahan parkir yang disediakan termasuk:

    • Parkir B: 419 petak biasa dan 8 petak OKU.

  • Parkir D: 147 petak biasa dan 6 petak OKU.

  • Parkir E: 740 petak.

  • Parkir F: 400 petak.

  • Premium Parking: 112 petak.

  • Untuk pengunjung konsert The Weeknd pada 4 dan 5 November, laluan inner road di KL Sports City akan ditutup kepada semua kenderaan bermula jam 10 pagi.

    Pengguna Grab pula boleh menggunakan lokasi pengambilan dan penurunan penumpang di Endah Parade pada kedua-dua tarikh tersebut.

    Jadi, kalau korang nak ke Bukit Jalil minggu ini, pastikan semak laluan perjalanan, datang lebih awal dan elakkan memandu jika tidak perlu.

    Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

    2026-11-03 17:04:15

    Ibu Zahirah Macwilson Tinggalkan Emoji Sedih Di Hantaran Anak Derhaka, Cetus Spekulasi

    The post Bukit Jalil Bakal Sesak Minggu Ini, 5 Acara Besar Berlangsung Hingga 8 November! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved