Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Dugaan besar buat calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di sebuah sekolah agama di Kampung Melayu Subang petang semalam apabila mereka terpaksa berdepan situasi mencemaskan selepas kawasan sekolah tiba-tiba dilanda banjir kilat sewaktu peperiksaan sedang berlangsung.
Difahamkan, insiden itu berlaku susulan hujan lebat luar biasa yang melanda sebahagian besar kawasan Lembah Klang hingga menyebabkan paras air naik mendadak membanjiri dataran serta persekitaran sekolah.
Artikel berkaitan : Banjir Kilat Melanda Beberapa Kawasan Di Shah Alam & Klang
Artikel berkaitan : Musim Tengkujuh: Ada Insurans Komprehensif Pun Belum Tentu Kereta ‘Cover’ Banjir
Air naik sampai kaki lima, tempias basahi dewan peperiksaan
Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, air dilihat bertakung dan memenuhi kawasan dataran sekolah sehingga melimpah ke laluan kaki lima bangunan ketika hujan masih lebat mencurah-curah.
Bukan itu sahaja, keadaan dikatakan bertambah getir apabila tempias hujan turut mula memasuki dewan tempat murid-murid sedang bertarung menjawab kertas peperiksaan.
Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak dan simpati melihat anak-anak kecil itu terpaksa meneruskan ujian dalam suasana basah serta tidak selesa.
Seorang pengguna aplikasi Threads sempat menitipkan doa agar segala urusan calon dipermudahkan walau terpaksa berdepan detik cemas itu.
View on Threads
“Ya Allah anak-anak sedang menjawab exam UPKK diuji dengan banjir… Ya Allah permudahkan urusan mereka semua di SRA Kg Melayu Subang,” luahnya.
Sementara itu, satu lagi hantaran di status WhatsApp turut berkongsi visual menyayat hati memperlihatkan pekarangan sekolah yang sudah ditenggelami air.
“Dataran pun banjir… kesian anak-anak tengah exam UPKK… tempias masuk dewan exam,” tulis pemilik video berkenaan.
Dalam perkembangan sama, beberapa lokasi lain di sekitar Lembah Klang turut dilaporkan terjejas teruk akibat banjir kilat petang semalam, dengan laluan utama serta kawasan premis perniagaan ditenggelami air sehingga melumpuhkan kelancaran trafik
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


![[VIDEO] Air naik ketika calon UPKK jawab peperiksaan](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/WhatsApp-Image-2026-11-02-at-16.32.07-1024x766.jpeg)



