“Buktikan di mahkamah!” – Marhamah sedia letak jawatan jika terbukti sesatkan orang ramai

LocalPolitics
1 Oct 2026 • 10:15 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli menegaskan beliau hanya akan meletakkan jawatan sekiranya mahkamah membuktikan dirinya bersalah kerana menyesatkan orang ramai.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan supaya melepaskan jawatan susulan dakwaan mengaitkannya dengan fahaman New Age Movement (NAM).

“Saya akan letak jawatan hanya apabila terbukti saya betul-betul menyesatkan orang dan betul-betul ada orang yang saya sesatkan.
“Buktikan di mahkamah,” katanya selepas merasmikan Program Hi-Tea Bersama Sahabat Wakaf Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2026, hari ini.
Image from: “Buktikan di mahkamah!” – Marhamah sedia letak jawatan jika terbukti sesatkan orang ramai

Kredit Foto: AlHijrah Online

Isnin lalu, PAS Sabah menggesa Marhamah meletakkan jawatan sekiranya pihak berkuasa agama mengesahkan beliau terbabit atau menyokong fahaman NAM.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Aliakbar Gulasan berkata, pihak berkuasa agama perlu menjalankan penelitian menyeluruh berdasarkan bukti sahih dan disiplin ilmu bagi menentukan kedudukan sebenar isu berkenaan.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan sesi pertemuan dan tabayyun bersama Marhamah susulan dakwaan mengaitkannya dengan penyebaran amalan perdukunan, sihir, azimat serta ajaran NAM.

Bagaimanapun, Marhamah enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan menyerahkan penjelasan kepada kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan JAKIM.

“JAKIM sudah mengeluarkan kenyataan media dan saya tidak boleh ulas lanjut.
“Doakan Allah jaga kita semua,” katanya lagi.

Sumber: BH Online (Saadiah Ismail)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved