“Buktikan I Keluarga Kazar!” – Tak Pernah Petik Nama Pihak Sana, Puteri Sarah Gelak Besar ‘Mastura’ Buka Pekung Sendiri?

Entertainment
2 Nov 2023 • 10:13 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sekali lagi akaun palsu yang bernama ‘Mastura’ mencuri perhatian selepas dia memetik nama Ira Kazar di dalam ruangan komen hantaran pelakon, Puteri Sarah, baru-baru ini.

Individu tersebut persoalkan bagaimana pelakon itu mengetahui Ira merupakan pemegang akaun palsu berkenaan dan memintanya beri bukti.

image is not available

Tidak mendiamkan diri, aktres tersebut tampil membalas komen ‘Mastura’ dengan menyatakan dirinya tidak pernah petik nama isteri kepada Syamsul Yusof itu sebelum ini.

Ehhhh?? Takde sapa yang tuduh you. Omg! You mengaku sendiri ni kat sini. Stupidnya.

image is not available

Bukan itu saja, malah Sarah juga ada membalas komen salah seorang warganet di ruangan komen itu dengan mendedahkan dirinya sudah mendengar suara disebalik akaun berkenaan dan menyatakan ia diguna pakai oleh salah seorang ahli keluarga Ira Kazar.

image is not available

Sekadar info, Puteri Sarah sebelum ini mendedahkan dirinya kerap kali diganggu oleh individu bernama ‘Mastura’ bermula bulan Ogos lalu.

image is not available 2 weeks ago

Sering Diganggu Akaun 'Fake' Nama Mastura, Nasib Baik Peminat Puteri Sarah Siasat Sampai Jumpa Alamat IP...