Puteri Sarah Gelak Besar Akaun Palsu Nama “Mastura” Buka Pekung Sendiri, Keluarga Ira Kazar?

Entertainment
2 Nov 2023 • 11:21 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Hantaran Instagram pelakon Puteri Sarah sekali lagi menerima komen dari akaun palsu bernama ‘Mastura’ yang memetik nama Ira Kazar telah menarik perhatian ramai.

‘Mastura’ mempersoalkan bagaimana Puteri Sarah tahu dan beranggapan bahawa yang memegang akaun palsu itu adalah Ira Kazar. ‘Mastura’ juga meminta untuk pelakon itu menunjukkan bukti.

image is not available

Tidak mendiamkan diri, pelakon tersebut tampil membalas komen ‘Mastura’ dengan menyatakan dirinya tidak pernah petik nama isteri kepada Syamsul Yusof itu sebelum ini.

image is not available

Ehhhh?? Takde sapa yang tuduh you. Omg! You mengaku sendiri ni kat sini. Stupidnya.

Bukan itu saja, Sarah juga ada membalas komen salah seorang warganet di ruangan komen itu dengan mendedahkan dirinya sudah mendengar suara disebalik akaun berkenaan dan menyatakan ia diguna pakai oleh salah seorang ahli keluarga Ira Kazar.

image is not available

Sekadar info, Puteri Sarah sebelum ini mendedahkan dirinya kerap kali diganggu oleh individu bernama ‘Mastura’ bermula bulan Ogos lalu.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.