
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah dihujani komen berunsur lucah selepas tampil dalam satu video promosi jersi bersama beberapa pelajar lelaki.
Dalam video itu, Bella dilihat duduk dikelilingi budak-budak muda membuat trend TikTok Shick Shack Shock.
@amerhaziq Kak bela nampak macam student betull la guys Grab your shirt now! Limited edition 500 pcs onlylink di bio
♬ оригинальный звук – Aizh
Mereka hanya menggerakkan badan mengikut rentak muzik namun lain pula komen yang ditinggalkan netizen di platform itu.
Hal tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang seorang pengguna aplikasi X. Katanya, video ringkas itu hanya mempromosi baju tetapi ada juga lelaki berotak kuning!




Jelasnya lagi, content sebegini sepatutnya membantu pelajar universiti menjual jersi mereka tetapi lain pula yang jadi.
Kredit: X | TikTok
“Bulan Puasa Pun Perangai Jijik” – Bella Astillah ‘Promosi’ Jersi, Tapi Lain Pula Yang Netizen Komen

