Video Bella Astillah & 6 lelaki promosi jersi dipenuhi komen ‘kotor’

1 Apr 2024 • 5:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Perkongsian video Bella Astillah dan 6 lelaki promosi jersi telah dipenuhi dengan komen kotor berbaur lucah yang ditulis oleh sesetengah netizen.

Ikut tred TikTok sekarang

Menerusi muat naik yang dibuat oleh amerhaziq, Bella dan enam orang jejaka telah meniru gerakan mengikut lagu yang sedang viral di aplikasi TikTok.

@amerhaziq

Kak bela nampak macam student betull la guys Grab your shirt now! Limited edition 500 pcs onlylink di bio

♬ оригинальный звук – Aizh

Dalam kapsyen yang disertakan pula, ramai merasakan sosok Bella seperti seorang pelajar kerana terlihat sebaya dengan para jejaka terbabit.

Kenapa ada yang komen macam filem Jepun di video Bella Astillah?

Namun begitu, komen yang ditinggalkan di posting tersebut terlihat sangat ‘kotor’ apabila sanggup membayangkan perkara-perkara tidak baik.

Lebih parah lagi, bukan hanya lelaki, wanita juga turut sama ‘gatal’ meninggalkan komen berbaur lucah apabila melihat Bella bersama lelaki-lelaki muda terbabit.

image is not available

Takut baca komen-komen takde adab macam ni dekat video Bella Astillah

image is not available

Sofa scene apa pulak?

image is not available

Pernah tengok apa sampai terbayang-bayang?

image is not available

Komen banyak yang tak masuk akal

Walau bagaimanapun, ramai juga yang menyelar komen-komen biadap tersebut kerana merasakan tindakan berkenaan sangat keterlaluan lebih-lebih lagi menuduh orang lain melakukan perbuatan tidak senonoh.

Mereka juga merasakan individu yang meninggalkan komen sebegitu seperti tidak berpuasa kerana otak dan fikirannya menjurus kepada perkara-perkara kotor sehingga melihat sesuatu perkara dalam konteks yang menjijikkan.

image is not available

Macam orang tak puasa je tulis bukan2

image is not available

Sekadar info, Bella Astillah telah menfailkan penceraian terhadap suaminya, pelakon, Aliff Aziz selepas aktor terbabit dpercayai telah ditangkap khalwat bersama seorang selebriti wanita di dalam sebuah kondominium mewah sebelum Ramadan tempoh hari.

Bella dan Aliff telah mendirikan rumah tangga pada 2016 dan pernah berpisah sekitar tahun 2019 sebelum kembali rujuk. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata.

Sumber: TikTok amerhaziq