Bulatan Seratus Klang dilanda banjir kilat

23 Oct 2026 • 4:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bulatan Seratus Klang dilanda banjir kilat

PETALING JAYA – Kawasan Bulatan Seratus, Klang dilaporkan dilanda banjir kilat susulan hujan yang melanda kawasan itu, petang ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, pengguna akaun lilylim80_cheah memaklumkan kawasan berkenaan mula dinaiki air.

“Klang dah start banjir gais,” tulisnya.

Perkongsian itu turut mengundang kebimbangan orang ramai mengenai kemungkinan berlaku kesesakan lalu lintas, khususnya bagi mereka yang mahu pulang ke Klang atau menuju ke Shah Alam.

“Ahh nanya… aku nak balik Klang, confirm jem ni,” kata hairukatana.

Seorang lagi pengguna, artzli turut meluahkan kebimbangan apabila merancang untuk keluar menuju ke Shah Alam.

“Owh mennn baru nak keluar ke Shah Alam ni,” tulisnya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi seluruh Selangor.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan yang dinaiki air serta merujuk maklumat cuaca dan trafik terkini sebelum memulakan perjalanan. – KOSMO! ONLINE

The post Bulatan Seratus Klang dilanda banjir kilat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved