![Image from: [VIDEO] Hujan di Shah Alam sangat lebat](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-23-at-16.33.48-1024x565.jpeg)
PETALING JAYA – Hujan tersangat lebat melanda Seksyen 7, Shah Alam petang ini sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan berlaku banjir.
Menerusi perkongsian pengguna Threads, @taufixsaleh, keadaan hujan lebat itu dirakam di kawasan berkenaan dan mendapat perhatian netizen.
Rata-rata pengguna media sosial berharap hujan segera reda, selain mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika pulang dari tempat kerja.
“Harap 5.30 petang dah reda. Baju hujan tak bawa,” komen iambeden.
“Lebatnya. Moga semuanya baik-baik je. Hati-hati yang balik kerja petang ni,” komen yang lain.
Sementara itu, seorang lagi pengguna meluahkan kebimbangan sekiranya hujan lebat menyebabkan banjir berulang di beberapa kawasan sekitar Shah Alam.
“Memang sangat-sangat lebat. Jangan banjir lagi sudah la area (kawasan) Taman Sri Rasau dan ke AEON Bukit Raja. Jalan i-City dah naik air,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna pula menyamakan keadaan cuaca itu dengan suasana di Cameron Highlands.
“Dah macam dekat Cameron Highlands dah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Hujan di Shah Alam sangat lebat appeared first on Kosmo Online.






