Banjir kilat di beberapa kawasan di Klang

LocalEnvironment
23 Oct 2026 • 6:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Banjir kilat di beberapa kawasan di Klang

PETALING JAYA: Beberapa kawasan di Lembah Klang dinaiki air dan dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat bermula pukul 4 petang tadi.

Menerusi perkongsian orang ramai di media sosial, antara kawasan yang terjejas ialah Bulatan Seratus, Klang yang didakwa sering dinaiki air ketika hujan lebat.

Seorang pengguna media sosial, allysa_zulkifli meluahkan rasa kecewa apabila hujan menyebabkan pergerakan orang ramai terganggu, termasuk untuk pulang dari tempat kerja.

“Bosannya, hujan je tak boleh nak balik, tak boleh nak gerak mana-mana,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, ismailzali mendakwa Bulatan Seratus, Klang sering mengalami banjir setiap kali hujan lebat.

“Bulatan 100 peratus banjir ni, kalau hujan lebat,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pengguna, nurizzwanie1994 turut bertanyakan keadaan laluan menghala ke Klang susulan kebimbangan terhadap kemungkinan banjir di kawasan berkenaan.

“Menghala Klang banjir x? Baru nk ke gerak ke sana ni,” katanya.

Menjawab pertanyaan itu, kshafiqmhmd berkata, tidak pasti sama ada laluan menghala ke Klang dilanda banjir kerana sudah berpatah balik, namun mendapati kenderaan bergerak perlahan.

“Tak sure sebab saye uturn. Tapi macam ye sebab orang slow,” katanya.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian banjir kilat di kawasan berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan yang dinaiki air serta menggunakan laluan alternatif sekiranya keadaan jalan tidak selamat. –UTUSAN

 

The post Banjir kilat di beberapa kawasan di Klang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved