Buli Di MRSM Johor, Asyraf Wajdi Tegas Pembuli Perlu Disingkirkan

LocalFamily & Parenting
30 Jun 2026 • 1:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kes buli di MRSM sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas seorang pelajar didakwa mahu keluar dari sebuah MRSM di Johor kerana tidak tahan menanggung penderitaan.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menegaskan pihaknya langsung tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelajar terlibat dalam perbuatan buli.

Kes libatkan enam pelajar MRSM

Image from: Buli Di MRSM Johor, Asyraf Wajdi Tegas Pembuli Perlu Disingkirkan

Menurut Asyraf Wajdi, pihak MARA hanya mengetahui kejadian itu selepas ibu bapa mangsa membuat hantaran di media sosial. Berdasarkan maklumat diterima, kejadian tersebut dipercayai melibatkan enam pelajar Tingkatan 5.

Ibu bapa mangsa juga sudah membuat laporan polis dan enam pelajar terbabit dilaporkan direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

Susulan itu, Asyraf Wajdi mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah MARA dan pihak pentadbiran MRSM mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab dalam tempoh 24 jam.

YOU TOUCH, YOU GO.- Tegasnya.

Tiada tempat untuk pembuli

Image from: Buli Di MRSM Johor, Asyraf Wajdi Tegas Pembuli Perlu Disingkirkan

Asyraf Wajdi turut menegaskan, perbuatan membuli atau mengambil tindakan sendiri atas alasan mahu mendisiplinkan pelajar junior langsung tidak boleh diterima.

Katanya, sesiapa yang terbukti melakukan perbuatan buli tidak lagi mempunyai tempat di MRSM.

Beliau juga memberi amaran tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menyembunyikan atau melindungi kes buli.

Pelajar diminta berani lapor

Dalam masa sama, Asyraf Wajdi menggesa semua pelajar MRSM supaya tidak takut tampil membuat laporan jika menjadi mangsa atau menyaksikan kejadian buli.

Pelajar diminta segera melaporkan kepada guru, warden atau pihak pentadbiran supaya tindakan boleh diambil dengan cepat.

Tegas beliau, tiada kompromi dan tiada tempat untuk pembuli di MRSM.

Pssttt! Buli bukan benda kecil yang boleh dibuat main-main, apatah lagi bila sampai mangsa rasa mahu tinggalkan tempat belajar. Kalau korang jadi mangsa atau nampak kejadian macam ni berlaku, jangan diam. Lapor kepada pihak yang sepatutnya sebab keselamatan pelajar kena jadi keutamaan, bukan rahsia yang disimpan sampai parah.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Buli Di MRSM Johor, Asyraf Wajdi Tegas Pembuli Perlu Disingkirkan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved