“Terima Kasih Cikgu” – Anak Rita Rudaini Pecah Rekod Lagi, Wakil Selangor Di Kejohanan MRSM Kebangsaan 2026

30 Jun 2026 • 12:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bangga apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin, berjaya mencipta pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026.

Menerusi perkongsian di Instagram, Airit Rayyan difahamkan berjaya memecah rekod bagi acara 110 meter lari berpagar selain mewakili negeri Selangor dalam kejohanan tersebut.

Rita bangga dengan pencapaian anak

Rita berasa gembira apabila usaha dan kerja keras anaknya selama ini membuahkan hasil.

rita rudaini

Dalam hantaran lain, Rita turut menyentuh tentang peranan besar guru yang selama ini membimbing Airit Rayyan sehingga mampu berdiri megah di podium.

rita rudaini

Baginya, di sebalik kejayaan seorang juara, pasti ada insan yang tidak pernah penat mencurahkan ilmu dan memberi sokongan dari belakang tabir.

rita rudaini

Rita juga sempat berkongsi pengalaman anaknya menimba ilmu bersama Coach Herman Majid yang dianggap sebagai idola.

rita rudaini

Kejayaan Airit Rayyan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan buat Rita sebagai ibu, malah turut membuktikan bahawa disiplin, latihan dan sokongan orang sekeliling mampu membawa seseorang atlet muda pergi lebih jauh.

Pssttt! Tahniah buat Airit Rayyan Rizqin atas pencapaian membanggakan ini. Bukan mudah untuk pecah rekod dalam kejohanan besar, apatah lagi membawa nama negeri di usia muda. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk Airit terus melangkah lebih jauh dalam dunia olahraga.

Kredit: Instagram Rita Rudaini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Terima Kasih Cikgu” – Anak Rita Rudaini Pecah Rekod Lagi, Wakil Selangor Di Kejohanan MRSM Kebangsaan 2026 appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved