Bumi Didakwa Berputar Makin Laju? Penulis Perjelas Fenomena Putaran Bumi Berubah Dari Tahun Ke Tahun

Space
4 Aug 2022 • 4:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Putaran bumi sangat memainkan peranan dalam mengukur waktu dan masa. Untuk pengetahuan korang, bumi mengambil masa 24 jam untuk membuat satu putaran yang lengkap pada paksinya dan daripada itulah terjadinya fenomena siang dan malam.

Bumi berputar semakin laju

Baru-baru ini menurut Kosmo, bumi mencatatkan rekod terbaharu hari yang paling singkat pada 29 Jun lalu apabila putaran penuh dalam masa 1.59 milisaat kurang daripada putaran standard 24 jam.

Planet itu baru-baru ini mencatatkan peningkatan dalam kelajuan putarannya. Pada 2020, Bumi merekodkan bulan paling singkat sejak tahun 1960-an.

Pada 19 Julai tahun itu, tempoh masa terpendek yang direkodkan pula adalah 1.47 milisaat lebih pendek berbanding hari biasa selama 24 jam.

Seterusnya pada tahun lepas, Bumi terus berputar pada kadar meningkat, namun tiada sebarang rekod baharu dicatatkan. Bagaimanapun, fasa 50 tahun bagi hari-hari tersingkat mungkin telah bermula sekarang.

image is not available

 

Kenapa bumi berputar laju?

Sehingga kini, persoalan tersebut masih kekal misteri kerana tiada fakta yang kukuh yang boleh dibuktikan untuk jawapan ini. Namun, beberapa teori telah dihujah oleh pakar seperti:

  1. Pencairan glasier menyebabkan bumi berkurang berat.
  2. Aktiviti seismik atau gelombang bumi
  3. ‘Chandler wobble’ yang merupakan sisihan kecil dalam paksi putaran Bumi.

image is not available

Kesan putaran bumi yang laju

Putaran Bumi yang lebih pantas memberi kesan yang buruk dimana ia boleh membawa kepada pengenalan lompatan masa negatif kedua untuk memastikan kadar Bumi mengorbit Matahari konsisten dengan pengukuran daripada jam atom.

“Jika lompatan masa berlaku, jam akan berubah dari 23:59:58 kepada 00:00:00, yang Meta ramalkan boleh memberi kesan yang memusnahkan pada perisian yang bergantung pada masa dan perancangan jadual.”

Rupanya bumi dah pernah berputar dengan laju!

Menurut posting yang telah dimuatnaik oleh Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin), beliau menafikan keadaan bumi yang berputar laju dari tahun ke tahun kerana kejadian putaran bumi yang singkat ini pernah berlaku sejak dulu lagi.

“Menurut graf, paling perlahan adalah sekitar tahun 1970-an iaitu sekitar 3 milisaat setahun. Bumi pernah laju masa sekitar awal kurun ke-21, lebih laju daripada baru-baru ini.”

Menarik kan? Min pun tak terfikir bumi boleh berputar kurang 24 jam.

image is not available

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.