‘Bumper MPV’ remuk, Penyanyi Nabila Razali terlibat kemalangan

LocalEntertainment
15 Aug 2025 • 7:44 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali dipercayai terlibat dalam satu kemalangan di sebuah kompleks beli-belah di sini, pada Jumaat.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Nabila, atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 32, menerusi hantaran di Instagram yang memaparkan dua foto hitam putih keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya.

Gambar berkenaan menunjukkan bahagian hadapan (bumper) kenderaan tersebut tercabut, selain beberapa komponen lain turut mengalami kerosakan. Kejadian dipercayai berpunca daripada pelanggaran dengan sebuah kenderaan lain.

Not the Friday I ordered (Bukan hari Jumaat yang saya mahukan),” tulis penyanyi lagu Peluang Kedua itu secara ringkas.

Setakat ini, keadaan kesihatan Nabila masih belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang perkongsian lanjut dibuat di media sosialnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis mendoakan Nabila berada dalam keadaan baik serta dipermudahkan segala urusan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved