Bung nekad tolak kerjasama GRS

LocalPolitics
15 Jul 2025 • 10:21 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

KINABATANGAN: Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menegaskan pendiriannya untuk tidak menjalin sebarang rundingan politik dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut Bung, keyakinannya terhadap GRS sememangnya tidak wujud sejak awal lagi kerana baginya, kepimpinan dalam gabungan itu tidak boleh dipercayai.

“Dari dulu orang tahu pendirian saya. Saya tidak ada keyakinan atau percaya dengan GRS,” katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau ditemui media pada program Radu Tetap Radu di Kampung Nusa Jaya, Kinabatangan, pada Ahad.

Tambah beliau, budaya lompat parti yang diamalkan oleh sesetengah pemimpin GRS menggambarkan sifat pengkhianatan terhadap mandat rakyat.

“Bila dia suka lompat-lompat parti, dia memang pengkhianat. Dia fikirkan diri sendiri, rakyat pun dia khianati. Jadi, saya tidak ada keinginan untuk berunding dengan GRS,” tegas Bung.

Bung turut mengingatkan semua pihak bahawa keputusan untuk bertanding secara solo atau sebaliknya perlu dibuat secara muktamad tanpa sebarang keraguan.

“Bukannya susah pun untuk buat keputusan. Kalau mahu bertanding solo, putuskan sahaja,” katanya.

Menyentuh persiapan Umno Sabah menjelang PRN, beliau berkata parti itu akan memilih calon terbaik berdasarkan penerimaan rakyat di setiap kawasan, tanpa mengira hubungan peribadi.

“Saya tidak akan pilih calon yang tidak boleh berkhidmat walaupun kawan. Saya dan Pengarah Pilihan Raya Umno Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak akan menilai kebolehan setiap calon sebelum diketengahkan,” katanya.

Dalam pada itu, Bung turut mengesahkan hasratnya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam pilihan raya yang bakal berlangsung.

“Saya bersedia untuk bertanding sekali lagi di DUN Lamag,” ujarnya ringkas.