Sabah mesti dirujuk mengenai Ambalat: Anak Negeri

LocalPolitics
4 Jul 2025 • 12:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jinni Juanis

Kundasang: Sabah tidak boleh mengulangi kesilapan masa lalu apabila keputusan berkaitan wilayah dan sumber negeri dibuat oleh Kerajaan Persekutuan tanpa sebarang rundingan dengan Sabah.

Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri), Datuk Henrynus Amin (gambar) berkata, rakyat Sabah berhak diberi tempat dalam meja rundingan apabila keputusan berkaitan masa depan dan sumber negeri dibuat.

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan menyokong pendirian Pengerusi BIMP-EAGA, Dr Raymond Alfred, yang menegaskan keperluan penglibatan langsung Sabah dalam sebarang keputusan berkaitan Blok Ambalat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Henrynus berkata, kawasan maritim dipertikaikan di Laut Sulawesi itu dipercayai mengandungi simpanan minyak dan gas yang signifikan, dan masa depannya mesti ditentukan dengan mengambil kira kepentingan Sabah.

Walaupun mengakui bahawa perjanjian yang diumumkan pada 27 Jun lalu adalah berkaitan pengurusan bersama dan bukan penyerahan unilateral, beliau menegaskan bahawa penglibatan Sabah adalah wajib.

“Sabah mesti dirunding dan terlibat sepenuhnya dalam sebarang perjanjian berkaitan Blok Ambalat. Kita tidak mampu lagi mengulangi kesilapan lalu di mana keputusan berkaitan wilayah dan sumber Sabah atau perubahan sempadan dibuat tanpa rundingan dengan negeri ini,” katanya.

Henrynus turut mengimbas kehilangan Blok L dan M kepada Brunei melalui perjanjian ‘Pertukaran Surat’ antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac 2009.

Katanya, Kerajaan Persekutuan mengiktiraf hak kedaulatan Brunei ke atas kedua-dua kawasan penerokaan minyak dan gas luar pesisir itu tanpa rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah sebagai sebahagian penyelesaian pertikaian wilayah.

“Penyerahan Blok L dan M telah mengubah sempadan wilayah Sabah, yang sepatutnya tidak sah, tanpa persetujuan jelas daripada Sabah,” katanya.

Blok Ambalat yang terletak di luar pantai timur Borneo itu berhampiran sempadan maritim antara wilayah Kalimantan Utara, Indonesia dan Sabah. Indonesia telah menuntut hak ke atas Ambalat sejak 1980 berdasarkan Deklarasi Djuanda 1957 yang meletakkan kawasan itu dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Indonesia.

Henrynus menekankan, undang-undang antarabangsa kini semakin mengiktiraf keperluan untuk mempertimbangkan kepentingan dan kehendak penduduk yang terlibat secara langsung dalam sebarang perubahan sempadan atau penerokaan sumber.

Beliau menegaskan prinsip penentuan nasib sendiri serta konsep ‘Persetujuan Bebas, Awal dan Dimaklumkan’ (FPIC) yang semakin diterima dalam undang-undang antarabangsa moden, terutamanya berkaitan tanah dan sumber milik komuniti asal.

“Walaupun perjanjian Blok Ambalat kini untuk pengurusan bersama, sebarang penerokaan jangka panjang mesti melibatkan rundingan dengan semua pihak berkepentingan, termasuk Kerajaan Negeri.

“Jangan abaikan hak dan suara komuniti tempatan yang terkesan agar kepentingan mereka sentiasa dihormati,” katanya.