Bungkusan guni dipercayai berisi rangka manusia ditemukan

26 Jul 2026 • 6:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bungkusan guni dipercayai berisi rangka manusia ditemukan
Satu bungkusan guni disyaki berisi rangka manusia yang telah reput ditemukan di kawasan kebun berhadapan sebuah kilang di Kangar. Foto tular
Image from: Bungkusan guni dipercayai berisi rangka manusia ditemukan
Penemuan itu dilaporkan seorang lelaki yang memaklumkan terlihat bungkusan guni berkenaan semasa sedang melakukan kerja-kerja meracun di kebunnya.
Image from: Bungkusan guni dipercayai berisi rangka manusia ditemukan
Barang kes dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk siasatan lanjut.

KANGAR - Satu bungkusan guni disyaki berisi rangka manusia yang telah reput ditemukan di kawasan kebun berhadapan sebuah kilang di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu pada 10.20 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan terlihat bungkusan guni berkenaan semasa sedang melakukan kerja-kerja meracun di kebunnya.

"Susulan maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

**media[3595507]**

Yusharifuddin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti identiti rangka tersebut dan dihantar ke unit forensik hospital untuk proses analisa serta pengesahan lanjut.

"Susulan maklumat, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

**media[3595508]**

Yusharifuddin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti identiti rangka tersebut dan dihantar ke unit forensik hospital untuk proses analisa serta pengesahan lanjut.

"Barang kes dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk siasatan lanjut,” katanya. 

Beliau berkata, tiada tangkapan dilakukan setakat ini, dan kes masih dalam siasatan lanjut. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved