Lelaki terkejut jumpa guni disyaki berisi rangka manusia

26 Jul 2026 • 7:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki terkejut jumpa guni disyaki berisi rangka manusia

KANGAR – Seorang lelaki terkejut apabila menemui satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia di kebunnya di hadapan sebuah kilang di Behor Mali, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu pada pukul 10.48 pagi.

“Pengadu yang merupakan seorang lelaki tempatan memaklumkan terlihat satu bungkusan guni ketika sedang menjalankan kerja meracun di kebunnya kira-kira pukul 10.20 pagi.

“Pemeriksaan awal mendapati bungkusan berkenaan sudah reput dan disyaki mengandungi rangka manusia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Yusharifuddin, sebaik menerima maklumat berkaitan, sepasukan anggota bergegas ke lokasi bagi melakukan pemeriksaan serta mendapatkan bukti lanjut berhubung kejadian.

“Bungkusan serta bahan yang ditemukan di lokasi diambil sebagai barang kes untuk pemeriksaan lanjut. Barang kes itu akan dihantar ke unit forensik bagi menentukan sama ada ia benar-benar tulang manusia,” ujarnya.

Katanya lagi, kes berkenaan belum diklasifikasikan dalam mana-mana kategori kerana siasatan masih lagi berjalan untuk mendapatkan petunjuk seterusnya. – KOSMO! ONLINE

 

The post Lelaki terkejut jumpa guni disyaki berisi rangka manusia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved