
KANGAR, 26 JULAI: Satu bungkusan guni disyaki berisi rangka manusia yang telah reput ditemukan di kawasan kebun berhadapan sebuah kilang di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu pada 10.20 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan terlihat bungkusan guni berkenaan ketika sedang melakukan kerja meracun di kebunnya.
“Barang kes dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk siasatan lanjut,” menurutnya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.
Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan setakat ini dan kes masih dalam siasatan lanjut.





