“Bunyi Letupan Sangat Kuat, Saya Nampak Mangsa Berlumuran Darah Minta Tolong” – Saksi

30 Dec 2022 • 4:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang tukang masak di sebuah restoran di Pandan Indah disahkan meninggal dunia selepas mengalihkan bungkusan atas kereta sebelum meletup sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Memetik sumber Harian Metro, seorang saksi insiden letupan itu memaklumkan dia terdengar mangsa menjerit meminta tolong dalam keadaan tubuhnya berlumuran darah.

Saksi yang dikenali sebagai Ahmad, 41, berkata ketika kejadian, dia dalam perjalanan menjemput anaknya di rumah keluarga mentua di kawasan itu.

image is not available

Bagaimanapun, sebaik sahaja dia singgah di sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 200 meter, dia terkejut apabila terdengar bunyi letupan yang sangat kuat.

“Bunyi letupan itu sangat kuat sehingga telinga saya berdengung. Saya terus bergegas ke lokasi sebelum menemui mangsa yang meminta tolong dalam keadaan berlumuran darah.

“Saya bersama orang awam yang lain membantu mengangkat mangsa dan membawanya masuk ke sebuah kereta untuk dibawa ke Hospital Ampang,” katanya.

Melihat kejadian yang berlaku, dia terus menghubungi Balai Polis Pandan Indah untuk melaporkan insiden terbabit dan berdasarkan maklumat awam, mereka menjumpai beberapa serpihan di lokasi itu.

Orang awam yang berada di lokasi kejadian memaklumkan terdapat serpihan letupan mengandungi bateri, belerang, pisau dan power bank.

Mangsa dikatakan menerima satu panggilan telefon lalu bergegas keluar menuju ke kenderaannya sebelum insiden meragut nyawa itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.