Bursa lulus NexG tukar nama dagangan saham kepada Datasonic mulai 7 Oktober 2026

LocalBusiness & Finance
5 Oct 2026 • 1:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bursa lulus NexG tukar nama dagangan saham kepada Datasonic mulai 7 Oktober 2026 Image from: Bursa lulus NexG tukar nama dagangan saham kepada Datasonic mulai 7 Oktober 2026 johardy05/10/2026 - 13:00 Pemegang saham meluluskan pertukaran kembali kepada nama Datasonic pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-18 pada 30 September 2026. Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 Okt - Bursa Malaysia meluluskan pertukaran nama saham NexG Berhad kepada Datasonic Group Berhad, yang akan mula didagangkan dan disebut harga menggunakan nama baharu itu mulai 9 pagi, Rabu, 7 Oktober 2026.

 

Bursa Malaysia dalam pengumuman terbaharu berkata, nama pendek saham syarikat akan ditukar daripada NEXG kepada DATASONIC mulai tarikh berkenaan.

 

Nama pendek waran syarikat, NexG Berhad - Warrants B 2025/2028, turut ditukar daripada NEXG-WB kepada DATASONIC-WB.

 

Bagaimanapun, kod saham syarikat kekal tidak berubah.

 

NexG sebelum ini memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa ia menerima Notis Pendaftaran Nama Baharu daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2 Oktober lalu menurut Seksyen 28 Akta Syarikat 2016.

 

Sehubungan itu, nama syarikat ditukar secara rasmi daripada NexG Berhad kepada Datasonic Group Berhad berkuat kuasa 2 Oktober 2026.

 

Pemegang saham sokong nama Datasonic

Pemegang saham meluluskan pertukaran kembali kepada nama Datasonic pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-18 pada 30 September, dengan 99.9754% daripada saham yang mengundi menyokong resolusi khas berkenaan.

 

Lembaga pengarah mengumumkan cadangan pertukaran nama itu pada 25 Jun lalu sebagai langkah mengembalikan identiti korporat Datasonic.

 

Syarikat berkata, penggunaan semula nama Datasonic membolehkan kumpulan memanfaatkan pengiktirafan jenama yang telah lama dibina serta hubungan perniagaan sedia ada dalam usaha meneruskan pertumbuhan, termasuk meneroka peluang di pasaran luar negara.

 

Dalam kenyataan selepas AGM pada 30 September, Pengerusi Eksekutif, Datuk Ishak Ismail dipetik berkata, nama Datasonic menyediakan platform lebih kukuh untuk kumpulan membina hubungan sedia ada dan meneroka peluang baharu di peringkat global. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved