Hujan lebat, ribut petir di 11 negeri sehingga tengah hari

LocalEnvironment
27 Sep 2026 • 9:23 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Hujan lebat, ribut petir di 11 negeri sehingga tengah hari

PETALING JAYA – Beberapa daerah dan kawasan di 11 negeri dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada pukul 8.45 pagi tadi memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Bera, Rompin dan Bentong, manakala di Selangor membabitkan kawasan Petaling, Klang, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Gombak dan Hulu Selangor.

Sementara itu, seluruh kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka turut berdepan amaran sama.

Bagi Johor pula, kawasan yang terlibat ialah Pontian, Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat.

Amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak melibatkan kawasan Kapit, Bukit Mabong, Song, Sri Aman, Betong, Sarikei, Julau, Sibu Kanowit, Selangau, Mukah, Bintulu, Tatau, Miri, Marudi serta Limbang.

Di Sabah pula, amaran melibatkan kawasan pedalaman iaitu Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang dan Membakut.

Seluruh kawasan Labuan turut berada dalam amaran ribut petir berkenaan.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada di kawasan yang terlibat sepanjang tempoh amaran berkenaan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelak berada di kawasan lapang atau berlindung di bawah pokok ketika berlaku ribut petir. – KOSMO! ONLINE

The post Hujan lebat, ribut petir di 11 negeri sehingga tengah hari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved