UiTM Holdings rugi: Bekas pegawai tertinggi perbadanan ditahan

LocalPolitics
29 Sep 2026 • 1:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UiTM Holdings rugi: Bekas pegawai tertinggi perbadanan ditahan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pegawai pengurusan tertinggi sebuah perbadanan selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dalam urusan pembayaran perbelanjaan operasi kepada beberapa syarikat bernilai RM42 juta.

Suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari semalam di kediamannya di sekitar Lembah Klang.

Siasatan awal mendapati lelaki itu disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2017 dengan membuat pembayaran berkaitan perbelanjaan operasi kepada beberapa syarikat berkepentingan.

Penahanan tersebut susulan siasatan SPRM berhubung beberapa isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings Sdn. Bhd. (UiTM Holdings) pada 2023.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman mengesahkan penahanan tersebut dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Suspek dijangka didakwa di mahkamah pada 1 Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

The post UiTM Holdings rugi: Bekas pegawai tertinggi perbadanan ditahan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved