Buruh kasar, ibu tunggal didenda gadai emas palsu untuk dapatkan wang tunai

2 Oct 2026 • 12:44 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Buruh kasar, ibu tunggal didenda gadai emas palsu untuk dapatkan wang tunai

KOTA TINGGI: Seorang buruh kasar dan seorang ibu tunggal didenda RM4,000 dan RM3,000 masing-masing Mahkamah Majistret Pengerang, di sini, hari ini kerana memperdaya pemilik kedai pajak gadai dengan emas palsu, Selasa lalu.

Tertuduh, Yussuf Harun, 62, didenda RM4,000 atau penjara lapan bulan jika gagal membayar denda, manakala Jameah Ibrahim, 48, didenda RM3,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Kedua-dua tertuduh dijatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Mengikut kertas, Jameah didakwa memperdaya pemilik kedai pajak gadai dengan mendakwa seutas gelang tangan seberat 23 gram yang digadaikan adalah emas tulen, sedangkan barang kemas itu sebenarnya palsu bagi mendapatkan wang RM8,000 di sebuah kedai pajak gadai di Sungai Rengit, Pengerang, Kota Tinggi, pada pukul 12.46 tengah hari, 29 September lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun setengah atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Yussuf pula didakwa memperdaya individu sama dengan menggadaikan seutas gelang tangan emas seberat 9.2 gram, sedangkan gelang berkenaan adalah palsu bagi mendapatkan wang RM3,000 di lokasi sama kira-kira pukul 3.10 petang, 14 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nursyafiq Abd. Halim, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.-UTUSAN

The post Buruh kasar, ibu tunggal didenda gadai emas palsu untuk dapatkan wang tunai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved