Buruh mengaku salah samun remaja di kedai runcit

4 Nov 2026 • 1:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Buruh mengaku salah samun remaja di kedai runcit

KOTA BHARU – Seorang buruh binaan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan samun ke atas seorang remaja perempuan di sebuah kedai runcit di Bachok dekat sini dalam dua kejadian berasingan pada bulan lalu.

Tertuduh, Muhamad Amir Irfhan Azmi, 20, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Mohamed.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan samun ke atas seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah kedai runcit di Kampung Alor Jambu Tawang, Bachok dekat sini kira-kira pukul 12.59 malam pada 18 Oktober 2026 dan pukul 12.40 malam pada 25 Oktober 2026.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Sekyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

​Mahkamah kemudian menetapkan 11 November ini untuk prosiding pembacaan fakta kes dan hukuman. – KOSMO! ONLINE

The post Buruh mengaku salah samun remaja di kedai runcit appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved