Viral Gambar Tulisan Cina Sebelah Signboard ‘IPOH’, MBI Tampil Jelaskan Hal Sebenar

LocalPolitics
23 Jul 2026 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 07 23T110045.780

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah gambar yang memaparkan tulisan bahasa Cina dipasang bersebelahan dengan papan tanda ikonik “IPOH” di atas bukit berhampiran Jalan Kuala Kangsar.

Gambar tersebut nyata mencetuskan pelbagai reaksi dan persoalan dalam kalangan warganet hingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Sensasi berkenaan bagaimanapun tampil diperjelaskan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Menurut kenyataan rasmi MBI, imej yang disebarkan menerusi satu hantaran dalam kumpulan Facebook “Manjoi Manjoi Ajerr” itu adalah palsu dan telah dimanipulasi.

cats 23

Pihak MBI percaya gambar berkenaan dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) atau melalui suntingan digital.

MBI turut menjelaskan bahawa tulisan ikonik IPOH tersebut sebenarnya sedang menjalani kerja-kerja baik pulih menyeluruh. Disebabkan itu, struktur berkenaan telah diturunkan sejak 15 Julai lepas bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas struktur fizikalnya.

“Kerja-kerja pemasangan semula tulisan IPOH dijangka dilaksanakan secara berperingkat mulai 4 hingga 6 Ogos ini, tertakluk kepada keadaan cuaca dan kelancaran kerja di tapak,” jelasnya.

Tindakan Undang-Undang Boleh Dikenakan

Justeru, MBI menegaskan bahawa sebarang imej yang menunjukkan ada tulisan lain dipasang di lokasi berkenaan adalah tidak benar sama sekali dan boleh mengelirukan orang ramai.

Pihak MBI turut memandang serius penyalahgunaan teknologi AI atau suntingan digital seumpama ini kerana ia boleh mencetuskan ketegangan, persepsi negatif, serta merosakkan keharmonian dan imej Bandaraya Ipoh.

Menurut MBI lagi, mereka sedang meneliti perkara berkenaan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, termasuk membuat laporan polis terhadap pihak yang bertanggungjawab menghasilkan atau menyebarkan kandungan palsu tersebut.

Sumber: BERNAMA

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved