Butiran Realme GT5 Pro Diperlihatkan – Skrin 144Hz 1.5K Dan Pengecasan 100W

TechnologyDigital
30 Nov 2023 • 12:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme GT5 Pro merupakan antara peranti mercu baharu yang dijadualkan tiba di China pada 7 Disember akan datang. Pengenalannya kelak akan menyertai barisan peranti dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 sedia yang turut mempunyai kepelbagaian fungsi dan ciri. Berbaki kurang daripada seminggu sebelum pelancaran rasmi Realme dilihat mengambil pendekatan untuk berkongsi spesifikasi utama pada peranti.

image is not available

Misalnya seperti peranti akan mempunyai paparan OLED melengkung yang dihasilkan oleh BOE. Sebagai tambahan paparan juga menawarkan teknologi 8T LTPO, kadar segar semula 144Hz, beresolukecerahan puncak 4,500nitsdan beresolusi 144Hz. Bukan itu sahaja bahkan teknologi PRO XDR HDR juga disokong pada peranti yang sepatutnya mampu meningkatkan keupayaan skrin menjadi lebih terang.

Bateri berkapasiti 5400mAh juga akan dimuatkan pada peranti dengan kemampuan pengecasan berwayar 100W dan nirwayar 50W. Peranti juga dikatakan mampu menyediakan pengalaman fotografi serba canggih yang dimanfaatkan daripada cip Snapdragon 8 Gen 3 dan kamera 50MP Sony IMX890. Seperti biasa lebih banyak maklumat boleh didedahkan dalam beberapa hari ini sebelum pelancaran rasminya minggu hadapan.