Pengguna Realme GT Neo 3 Kini Boleh Mencuba Realme UI 5.0 Berasaskan Android 14

TechnologyDigital
10 Nov 2023 • 5:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme Malaysia telah memulakan ujian beta Realme UI 5.0 berasaskan Android 14 sejak awal November lalu menerusi peranti Realme GT2 Pro. Terbaharu penawarannya diperluaskan lagi buat pengguna Realme GT Neo3 yang turut boleh mencubanya sekarang.

image is not available

Namun seperti biasa perisian ini belum stabil memandangkan masih diperingkat beta yang semestinya terdapat sejumlah pepijan tidak dikenal pasti. Turut disarankan agar pengguna melakukan sandara data peribadi terlebih dahulu sebelum meneruskan kemaskini bagi mengelakkan kehilangan maklumat penting.

Realme UI 5.0 telah dipertingkatkan dengan sejumlah ciri menarik seperti pengalaman visual lebih baik, sistem pemberitahun yang dirombak, lebih banyak aplikasi menyokong App Clone dan sebagainya. Butiran lanjut mengenai kemaskini penuh boleh rujuk pada pautan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved