Butiran Siri CPU Intel Core 300 Tertiris – CPU Bukan Ultra Untuk Komputer Riba Mampu-Milik

Technology
1 Apr 2026 • 11:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel telah melancarkan siri CPU Intel Core Ultra 300 “Panther Lake” untuk komputer riba nipis dan ringan berkuasa baru-baru ini, dan komputer-komputer riba yang dikuasakan cip tersebut sudahpun mula memasuki pasaran secara global. Akan tetapi komputer-komputer riba ini hadir dengan tanda harga yang sangat premium.

image is not available

Terkini, butiran mengenai siri cip pemprosesan komputer riba yang lebih mampu milik dari Intel, “Wildcat Lake” telah tertiris baru-baru ini. Siri cip pemprosesan ini akan hadir dengan nama Intel Core 300, meninggalkan nama Ultra untuk memudahkan orang ramai untuk tahu bahawa ini akan digunakan untuk komputer kelas mampu-milik.

Menurut butiran yang ditiriskan oleh Jaykinh0 di X, Intel dijangka akan memperkenalkan sehingga enam model cip pemprosesan dalam siri ini, dimana dua daripadanya akan hadir melalui pilihan Intel Core 7 300, empat melalui pilihan Intel Core 5 300 dan satu model cip Intel Core 3 300.

image is not available

Kesemua cip pemprosesan ini akan hadir dngan dua teras P-core dan empat teras LPE-core, kecuali Intel Core 3 304 yang nampaknya akan hadir dengan satu sahaja teras P-core dan empat teras LPE-core. Ya, ini bermakna bahawa semua cip Intel Core 300 tidak hadir dengan teras Efficiency-core, dimana tugasnya akan digantikan sepenuhnya menggunakan teras LPE.

image is not available

Semua cip-cip pemprosesan ini juga akan merumahkan cip grafik Intel Xe yang asal dan mempunyai satu jubin pemprosesan AI NPU yang memperlihatkan kemampuan pemprosesan 15-17 AI TOPS sekiranya ia diperlukan. Dari segi penggunaan kuasa pula, semua SKU cip pemprosesan ini memperlihatkan nilai TDP 15-35W, menjadikannya siri cip pemprosesan yang cekap dalam penggunaan kuasa.

Seperti yang dijangka, cip pemprosesan ini nampaknya akan digunakan pada komputer-komputer riba kelas mampu-milik dan akan bersaing dengan segmen-segmen seperti Chromebook dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Intel akan melancarkan siri cip pemprosesan ini, tetapi jangkaannya adalah mungkin sekitar pertengahan ataupun suku ketiga tahun ini.