Siri Intel Core Ultra 200HX Plus Dilancarkan Untuk Komputer Riba Gaming

TechnologyGaming
18 Mar 2026 • 7:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel memperkenalkan siri Core Ultra 200HX Plus dengan ia terdiri daripada dua yang memberikan fokus kepada prestasi tinggi gaming untuk komputer riba. Dua cip tersebut adalah Core Ultra 9 290HX Plus dan Core Ultra 7 270HX Plus. Selain tumpuan kepada prestasi gaming mudah alih, ia turut berkuasa untuk melakukan penstriman, penghasilan kandungan dan pengguna komputer kerja profesional.

image is not available

Dari segi prestasi, prestasi gaming Core Ultra 9 290HX Plus adalah 8% lebih baik berbanding Ultra 9 285HX. Ia juga 62% lebih baik untuk gaming jika dibandingkan pula dengan Intel i9‑12900. Sokongan Intel Binary Optimization Tool juga disertakan bagi meningkatkan arahan pemproses setiap kitaran (IPC) walaupun perisian dibangunkan untuk CPU X86 lain, konsol mudah alih dan senibina lama.

Selain itu siri Core Ultra 200HX Plus juga hadir dengan sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 dan Thunderbolt 5 sehingga 80Gbps dua hala. Komputer riba dengan Core Ultra 200HX Plus kini sudahpun dijual oleh pengeluar seperti Acer, ASUS, Dell, HP, Lenovo, MSI, Razer dan banyak lagi.