Dari Ikan Eksotik Sampai Dunia Bawah Laut, Ekspo Akuatik Terbesar Malaysia Kembali 26–28 Disember Ni

22 Dec 2025 • 3:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Kalau korang memang minat dunia akuatik atau sekadar nak tengok sendiri keunikan hidupan air dari dekat, ini antara acara yang memang patut masuk dalam kalender hujung tahun. Dari pameran berskala besar hinggalah ke koleksi akuatik yang jarang ditemui, semuanya dihimpunkan dalam satu tempat khas untuk peminat dan orang awam.

Ekspo Akuatik Malaysia 2025 bakal kembali Disember ini, menghimpunkan pelbagai pameran dan pengalaman dunia akuatik dalam satu acara berskala besar. Ekspo ini akan berlangsung pada 26 hingga 28 Disember 2025 di Pavilion Exhibition Centre Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

image is not available

Ekspo Akuatik Malaysia 2025 ini menyatukan dunia KOI, Arowana, ikan emas, aquascaping dan ikan eksotik di bawah satu bumbung. Sama ada korang peminat haiwan akuatik, pakar dalam bidang akuatik atau sekadar nak rasa pengalaman dunia akuatik yang unik, ekspo ini memang wajib dikunjungi!

Bukan sekadar tempat pameran haiwan akuatik, ekspo ini juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk korang. Antaranya:

1. Pameran haiwan akuatik, haiwan kecil & inspirasi aquascaping 

Ekspo ni sesuai sangat untuk korang yang tengah mencari aktiviti apa nak buat hujung minggu nanti. Bukan sekadar pameran haiwan yang akan disediakan, haiwan kecil dan inspirasi aquascaping pun ada untuk korang tengok!

  • Ikan dan haiwan akuatik memukau

Pelbagai jenis ikan yang akan dipamerkan termasuklah arowana, koi, ikan emas hingga betta yang memikat. Lengkap dengan display akuarium yang memukau dan direka penuh seni.

image is not available

image is not available

image is not available

  • Haiwan kecil, sesi belai arnab, reptilia & haiwan eksotik

Untuk keluarga yang bawa anak kecil tu, korang boleh bagi anak-anak rasai keterujaan di zon haiwan. Ada sesi belai arnab serta pameran khas menampilkan reptilia dan pelbagai haiwan eksotik lain.

image is not available image is not available

  • Inspirasi aquascaping 

Korang peminat akuarium? Terokai aquascaping, seni kreatif yang menggabungkan tumbuhan akuatik, batu dan kayu hanyut menjadi masterpiece bawah air.

image is not available

image is not available

2. Lebih 100+ produk & teknologi inovatif

Ekspo Akuatik Malaysia 2025 juga mengumpulkan lebih 100+ inovasi akuatik. Destinasi utama untuk produk, teknologi dan kelengkapan akuatik terkini.

image is not available

Terokai teknologi akuatik terkini, daripada sistem penapisan pintar, pencahayaan akuarium berprestasi tinggi, peralatan ujian kualiti air hinggalah alatan penting yang menjadikan penjagaan akuarium lebih mudah dan efisien.

image is not available

image is not available

Jangan lepaskan promosi eksklusif! Dapatkan makanan premium, akuarium bergaya, dekorasi menarik serta pelbagai aksesori pada harga istimewa.

image is not available image is not available

image is not available

3. Destinasi untuk peminat hobi akuatik 

Minat yang sama, satu destinasi! Ekspo Akuatik Malaysia 2025 menghimpunkan penggemar akuatik, pakar industri dan profesional terbaik melalui pertandingan berprestij, bengkel eksklusif dan jaringan komuniti.

image is not available

Bersedia untuk terpukau apabila aquarist dan pencinta ikan terhebat mempamerkan koleksi ikan kesayangan serta landskap bawah air mereka bagi bersaing untuk merebut gelaran juara dalam pertandingan berprestij seperti:

  • JPD Asia Goldfish Cup 2025

  • 2nd MAFC Arowana Championship

  • 2nd ASEAN Junior KOI Show

  • Central Mini Betta Competition

  • Malaysia Aquascaping Championship 2025

  • Malaysia Clownfish Competition

  • Malaysia Marine Scaping Competition

  • image is not available

    image is not available

    image is not available

    Jadi apa tunggu lagi korang! tandakan kalender korang untuk ke Ekspo Akuatik Malaysia 2025 dan jangan lupa bawa keluarga dan kawan sekali.

    image is not available Pavilion Exhibition Centre Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 
    image is not available 26 hingga 28 Disember 2025
    image is not available 11:00 pagi – 9:00 malam

    image is not available

    Tiket boleh didapati secara walk-in sahaja pada harga RM5 bagi setiap dewasa, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas masuk percuma.

    Untuk maklumat lanjut kunjungi laman sosial mereka:

    Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.