BYD Atto 2 DM-i Hadir Dalam Versi PHEV Di Eropah, Bakal Dilancar Tahun Depan

WorldCars
24 Oct 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas membuat penampilan sulungnya di pasaran tempatan, nampaknya BYD Atto 2 DM-i akan menerima versi baharu plug-in hibrid (PHEV) yang akan dilancarkan di Eropah, pada tahun depan.

Dikenali sebagai BYD Atto 2 DM-i PHEV, SUV subkompak elektrik ini dijangka membuat penampilan sulung di Eropah pada akhir tahun 2026, manakala versi pemanduan sebelah kanan (RHD) akan ditawarkan untuk pasaran United Kingdom.

Pengenalan Atto 2 DM-i PHEV ini merupakan sebahagian daripada strategi BYD untuk memenuhi permintaan yang berubah terhadap kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) di pasaran Eropah.

image is not available

Seperti versi BEV, dua varian Atto 2 DM-i PHEV telah disahkan, masing-masing akan dilengkapi dengan saiz bateri yang berbeza.

Setakat ini, tiada butiran teknikal dikongsikan, namun BYD menyatakan bahawa Atto 2 DM-i PHEV mampu mencapai pemanduan sehingga jarak 90 km jdalam mod elektrik sepenuhnya.

Untuk makluman, versi EU Atto 2 hadir dengan dua trenkuasa di mana varian biasa menghasilkan kuasa setakat 174 hp, manakala varian lebih tinggi menghasilkan kuasa 201 hp.

Bagaimanapun, kedua-dua varian mampu memecut dari 0–100 km/j hanya dalam masa 7.9 saat.

image is not available

Menerusi imej yang disiarkan, Atto 2 DM-i PHEV spesifikasi EU menunjukkan sedikit perubahan reka bentuk berbanding model BEV kerana ia hadir dengan gril hadapan yang lebih besar. Ia bertujuan untuk meningkatkan penyejukan dan aliran udara ke enjin yang dipasang di hadapan.

Terdapat juga lambang “DM-i PHEV” di bahagian belakang,dan ia hadir dengan warna baharu Midnight Blue yang akan menjadi eksklusif untuk model PHEV ini.

Buat masa ini, tiada maklumat sama ada crossover subkompak PHEV ini akan dipasarkan di negara lain, termasuk Malaysia.

Namun, memandangkan BYD Atto 2 hadir dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD), maka ada kemungkinan ia mungkin di bawa masuk ke sini.