Jetour T2 Bakal Dilancar Di Malaysia, Ada 2 Varian

LocalCars
20 Oct 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jetour Auto Malaysia mengesahkan bahawa model lasak Jetour T2 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Pengumuman tersebut dibuat melalui saluran media sosial rasmi jenama itu, selepas penampilan versi pemanduan kiri di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) pada bulan Mei lalu.

image is not available

Pengesahan ini sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kehadiran Jetour T2 di pasaran tempatan dan mengukuhkan lagi komitmen jenama tersebut untuk memperluas barisan modelnya di Malaysia selepas VT9 dan Dashing.

Menurut sumber dalaman, T2 dijadualkan untuk pelancaran soft di Setia Alam, Selangor pada awal November, sebelum pelancaran rasmi pasaran yang dirancang pada suku pertama tahun 2026.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi oleh pengedar dalam talian, dua varian akan ditawarkan iaitu T2 2.0T dan T2 1.5-liter PHEV.

image is not availableimage is not available

Varian 2.0T dikuasakan oleh enjin turbo 4 silinder 2.0 liter yang digandingkan dengan transmisi automatik DCT 7 kelajuan serta sistem pacuan 4WD, menghasilkan 251 hp dan 390 Nm.

Sementara itu, varian 1.5-liter menampilkan sistem Chery Kunpeng Super Hybrid C-DM, yang menggabungkan enjin petrol turbo 1.5L (156 hp, 220 Nm) dengan motor elektrik serta pek bateri litium-ion 26.7 kWh.

Ia menawarkan jarak pemanduan elektrik sehingga 129 km (WLTC),namun jika jarak petrol dan elektrik, ia mampu melakukan perjalanan melebihi 1,300 km.

image is not available

Sementara itu, penggunaan bahan apinya juga agak rendah iaitu pada 1.08 L/100 km.

Dibina berasaskan platform Kunlun unibody Jetour, T2 berukuran 4,785 mm panjang, 2,006 mm lebar, 1,870 mm tinggi, dengan jarak roda 2,800 mm, meletakkannya dalam kelas yang sama dengan GWM Tank 300.

Walaupun menggunakan struktur unibody, Jetour menjanjikan kemampuan off-road yang mantap serta pemanduan yang stabil di jalan raya.

image is not availableimage is not available

Dari segi rekaan, T2 menampilkan gaya kotak berotot dengan fender lebar, bampar hadapan besar, pelindung bawah badan tebal, rim 20 inci, serta tayar gantian yang dipasang di pintu belakang.

Terdapat juga pemijak sisi dan pelbagai elemen tahan lasak lain yang memperkukuh imej bersedia untuk aktiviti lasak.

Bahagian dalaman pula hadir dengan tempat duduk kulit berkuasa, skrin infotainmen tengah bersaiz besar, panel instrumen digital, pengecas tanpa wayar berkembar, serta konsol tengah tinggi dengan pemilih pemanduan berputar (rotary drive selector).

Pengedar Jetour turut mengesahkan kehadiran pintu vakum, ciri yang jarang dilihat dalam segmen ini.

Buat masa ini, harga rasmi masih belum diumumkan, namun dadakah Jetour T2 mampu menyaingi populariti GWM Tank 300 yang semakin mendapat tempat di pasaran.