BYD Sealion 7 2026 Kini Ditawarkan Dalam 3 Pilihan, Senibina Pengecasan 800V, Dan Jarak Mencapai 650KM

TechnologyCars
30 Jul 2026 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas beberapa minggu BYD menerusi jenama premiumnya mengumumkan EV mewah Denza Z9GT untuk pasaran tempatan, hari ini mereka meneruskan momentum pertengahan tahun ini dengan mengumumkan BYD Sealion 7 2026 yang kini ditawarkan dalam 3 pilihan, bateri lebih besar dan juga pengecasan lebih pantas.

Image from: BYD Sealion 7 2026 Kini Ditawarkan Dalam 3 Pilihan, Senibina Pengecasan 800V, Dan Jarak Mencapai 650KM

Kemaskini BYD Sealion 7 2026 versi Premium dan Performance melibatkan bateri yang lebih besar iaitu 91.3 kW, senibina pengecasan 800V yang membolehkan pengecasan pantas DC 230kW untuk 30-80% dalam masa 18.5 minit dan storan bagasi 520L. Membezakan Premium dan Performance adalah kuasa motor elektrik, pecutan, pacuan dan jarak, dimana Premium mempunyai pacuan belakang RWD dengan motor elektrik berkuasa 230kW dan 380Nm tork membolehkan pecutan 0-100 km/j sepantas 6.9 saat sertamemberikan jarak perjalanan sehingga 650KM NEDC. Untuk versi Premium pula mempunyai pacuan semua roda AWD dengan kuasa 390kW dan 690 Nm tork membolehkan pecutan 0–100 km/j sepantas 4.5s serta memberikan jarak perjalanan 600KM NEDC. 

Image from: BYD Sealion 7 2026 Kini Ditawarkan Dalam 3 Pilihan, Senibina Pengecasan 800V, Dan Jarak Mencapai 650KM

Jika sebelum ini hanya dua model yang ditawarkan iaitu Premium & Performance, hari ini mereka menambah penawaran versi Dynamic yang mempunyai bateri sebesar 71.8 kWh memberikan jarak perjalanan sehingga 520km NEDC. Ia menggunakan senibina pengecasan 400V membolehkan pengecasan pantas DC 110 kW untuk 30-80% dalam masa 21.5 minit. Kereta elektrik ini menggunakan pacuan belakang dengan motor elektrik yang memberikan kuasa 170kW dan 380 Nm tork, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat. 

Image from: BYD Sealion 7 2026 Kini Ditawarkan Dalam 3 Pilihan, Senibina Pengecasan 800V, Dan Jarak Mencapai 650KM


Kesemua model ini turut menyertakan ruangan bonet hadapan 58L, sistem swapandu tahap 2, 9 beg udara, dan turut hadir dengan jaminan selama 6 tahun atau 150,000 KM jarak perbatuan, jaminan bateri dan jaminan unit pacuan eselama 8 tahun atau 160,000 KM jarak perbatuan. Ia turut disertakan bersama-sama aksesori pengecasan V2L, dan pengecasan 3 pin.

BYD Sealion 7 2026 dijual bermula RM 163,800 untuk versi Dynamic, manakala versi Premiumd dijual pada harga RM 188,800 dan versi mercu Performance dijual pada harga RM 203,800. Menariknya BYD Sealion 7 Dynamic turut ditawarkan pada harga RM 159,800 khusus untuk 300 tempahan pertama. Anda boleh hadir ke 1 Utama untuk melihat kereta elektrik ini dengan lebih dekat, dan turut mendapatkan bonus tempahan awal sehingga akhir minggu ini. 

Image from: BYD Sealion 7 2026 Kini Ditawarkan Dalam 3 Pilihan, Senibina Pengecasan 800V, Dan Jarak Mencapai 650KM
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved