PMX : 100,000 Belia Akan Terima Akses Percuma Tiga Bulan Ke Perkhidmatan AI Bermula 31 Ogos 2026

LocalTechnology
28 Jul 2026 • 3:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

PMX : 100,000 Belia Akan Terima Akses Percuma Tiga Bulan Ke Perkhidmatan AI Bermula 31 Ogos 2026

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan seramai 100,000 belia berusia antara 18 ke 30 tahun kelak akan menerima akses langganan percuma untuk perkhidmatan kecerdasan buatan selama tiga bulan. Inisiatif ini akan ditawarkan dibawah Program AI Untuk Rakyat, yang dijangka dibuka pada hari Kebangsaan, 31 Ogos 2026 ini.

Akses percuma ini dijangka diberikan kepada para belia yang melengkapkan modul latihan khas berkaitan AI dalam tempoh yang ditetapkan dibawah Program AI untuk Rakyat. Walaubagaimanapun, ia tidak dinyatakan apakah perkhidmatan AI yang akan tertakluk dibawah program ini.

Langkah ini juga dilihat selari dengan agenda pendigitalan negara, dan memastikan para belia bersedia dengan pelbagai teknologi terkini. Maklumat lanjut berkaitan dengannya dijangka dikongsikan menjelang penawarannya kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved