BYD Sealion 7 Kini Boleh Ditempah – Pelancaran Rasmi Di Malaysia Tidak Lama Lagi

LocalTechnology
6 Nov 2024 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Setelah ‘menggoda’ peminat EV melalui perkongsian teaser minggu lalu, BYD Malaysia kini secara rasmi membuka tempahan untuk model SUV elektrik terbaru, BYD Sealion 7. Perkara ini diumumkan melalui laman Facebook rasmi BYD Cars Malaysia. Bagaimanapun, tarikh pelancaran rasminya masih belum didedahkan.

Pesaing Sealion 7

image is not availableimage is not available

image is not availableimage is not available

Dari segi dimensi, SUV elektrik coupe segmen D, Sealion 7 ini berukuran 4,830 mm panjang, 1,925 mm lebar, 1,620 mm tinggi dan mempunyai jarak roda 2,930 mm. Ini menjadikannya pesaing kepada SUV elektrik bersaiz sederhana lain di pasaran Malaysia seperti Tesla Model Y, Xpeng G6 dan Leapmotor C10.

Teknologi Bateri e-Platform 3.0 Evo Dengan Sistem 800V

Walaupun BYD Malaysia belum mendedahkan spesifikasi terperinci untuk Sealion 7 versi tempatan, model ini dijangka dibangunkan di atas e-Platform 3.0 Evo BYD yang juga digunakan pada model Seal, termasuk teknologi cell-to-body (CTB) dengan senibina elektrikal yang mampu menampung 800 volt. Di China, Sealion 7 hadir dengan dua pilihan bateri LFP iaitu 71.8 kWj atau 80.64 kWj. Bateri dengan kapasiti tertinggi itu menawarkan jarak maksimum sehingga 610 km berdasarkan piawaian CLTC.

3 Varian Dengan Prestasi Berbeza

Tiga varian bakal ditawarkan yang terdiri daripada dua versi pacuan roda belakang (RWD) dengan output sehingga 228 hp (170 kW) dan 308 hp (230 kW). Varian tertinggi pula menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan output maksimum sebanyak 523 hp (390 kW), membolehkan kereta membuat pecutan 0-100 km/j dalam hanya 4.5 saat dengan kelajuan maksimum 214 km/j.

Tempahan RM1,000, Harga Pasaran Yang Kompetitif

image is not available

Tempahan untuk BYD Sealion 7 kini boleh dibuat melalui laman web rasmi BYD Malaysia dengan bayaran deposit hanya RM1,000. Jika dilihat daripada harga kembar sedan, BYD Seal, yang dijual pada harga bermula dari RM163,800 hingga RM199,800, harga Sealion 7 mungkin sedikit lebih tinggi, setanding dengan pesaingnya yang lain.