Tempahan Untuk BYD Sealion 7 Dibuka Di Malaysia

TechnologyDigitalCars
6 Nov 2024 • 2:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

BYD nampak semakin agresif dengan penjualan kenderaan elektrik (EV) mereka di Maysia dengan tempahan untuk SUV terbaru mereka BYD Sealion 7 telahpun dibuka. SUV berprestasi tinggi ini boleh dipratempah dengan melakukan pembayaran RM 1000 sahaja.

image is not available

BYD Sealion 7 ialah SUV yang bersaing secara terus dengan Tesla Model Y dan hadir dengan motor dengan kuasa sehingga 530PS, tork 690Nm dan kemampuan untuk memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.2 saat. Dari segi jarak perjalanan pula, ia boleh bergerak sehingga 550km mengikut piawaian WLRP dan sokongan pengecasan 20kW DC. Ini membolehkan bateri dicas dari 30-80% dalam masa 25 minit.

image is not available

Pihak BYD Malaysia masih belum berkongsi apakah model-model yang akan dibawa masuk ke Malaysia serta harga jualannya. Di China Sealion 7 dijual pada harga bermula RMB 189,800(~RM 116,747) sebuah.