'Bye Bye Pak Su' - Momen terakhir Armaan sentuh hati ramai

LocalFamily & Parenting
2 Sep 2026 • 3:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Bye Bye Pak Su' - Momen terakhir Armaan sentuh hati ramai
Video momen pertemuan terakhir bersama anak buahnya, Allahyarham Muhammad Armaan Nazeef, 4.
Image from: 'Bye Bye Pak Su' - Momen terakhir Armaan sentuh hati ramai
Keadaan kereta Proton S70 yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) Lanchang malam tadi, ketika ditempatkan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh. Foto Bernama
Image from: 'Bye Bye Pak Su' - Momen terakhir Armaan sentuh hati ramai
Keadaan beberapa buah kenderaan termasuk kereta Proton S70, Honda CR-V dan sebuah bas ekspres yang remuk ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh bagi tujuan siasatan. Foto Bernama

PILUNYA hati kehilangan ahli keluarga secara tiba-tiba. Adik kepada mangsa kemalangan tragis di Kilometer 110.4 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), Temerloh, berkongsi momen terakhir bersama.

Adik kepada Allahyarham Muhammad Nazatullah Nazmi, Muhammad Niqmatullah, 25, meluahkan kerinduan untuk memegang tangan si kecil itu lagi.

Malah dia turut memuat naik video momen pertemuan terakhir bersama anak buahnya, Allahyarham Muhammad Armaan Nazeef, 4.

"Bye-bye, Pak Su comel," tutur si kecil itu.

**media[3634046]**

Dalam pada itu, menerusi perkongsian yang sama, pemilik akaun yang sama turut berkongsi tentang jam yang diberikan kepada abangnya, Muhammad Nazatullah Nazmi, 32, telah kembali tanpa pemilik.

"Aku bagi jam ini kepada abang aku semalam, hari ini dapat balik jam sahaja, abang sudah tiada," kongsinya.

Warganet rata-rata tidak dapat menahan sebak mengakui tersentuh dan mendoakan kesejahteraan.

**media[3634047]**

Nahas 4 maut: 'Bila tengok gambar kemalangan, saya rasa itu kereta anak' - Bapa mangsa

Terdahulu Muhammad Nazatullah dan isteri, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, maut bersama anak lelaki mereka dalam nahas pada malam Hari Kebangsaan lalu ketika dalam perjalanan pulang dari Putrajaya.

Mereka yang menaiki Proton S70 terlibat kemalangan ngeri di LPT1 arah Lanchang menghala ke Kuantan itu berlaku kira-kira pukul 10.55 malam. Kemalangan itu melibatkan lori tangki berkenaan, sebuah bas ekspres dan sembilan kereta dalam perjalanan menuju ke arah Timur.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - SinarPlus 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved