“Ya Allah Balik Kerja Tengok Dia Senyap Je…” – Rakan Kongsi Kesedihan Anak Kehilangan Sahabat Baik, Armaan

LocalFamily & Parenting
1 Sep 2026 • 9:06 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: “Ya Allah Balik Kerja Tengok Dia Senyap Je…” – Rakan Kongsi Kesedihan Anak Kehilangan Sahabat Baik, Armaan

KUALA LUMPUR – Pemergian tiga beranak dalam nahas ngeri di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) terus meninggalkan kesan mendalam kepada ramai, terutama mereka yang pernah mengenali keluarga Allahyarham Muhammad Nazatul Nazmi, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan dan anak mereka, Muhammad Armaan Nazeef.

Tiga beranak itu dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan 11 kenderaan ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu dikenali sebagai yayasltn_ turut berkongsi beberapa kenangan dan kesedihan yang dirasai selepas pemergian kecil itu.

“Kawan Rapat Sangat Dengan Anak Buah”

Menurutnya, Armaan merupakan kawan yang sangat rapat dengan anak saudaranya.

Malah, dia turut berkongsi gambar kenangan mereka bersama.

“Al-Fatihah buat adik Armaan sekeluarga. Kawan rapat sangat dengan anak buah.”

Dia turut berkongsi gambar kenangan Armaan bersama anak saudaranya, memperlihatkan betapa rapatnya persahabatan antara kedua-duanya.

“Kenangan. Happy je dia bila dengan Armaan.”

Perkongsian tersebut membuatkan ramai turut sebak melihat kenangan yang kini menjadi antara memori yang ditinggalkan.

Balik Sekolah Biasanya Cari Sahabatnya

Namun, perkongsian yang paling menyentuh hati adalah apabila individu tersebut menceritakan keadaan anak saudaranya selepas mengetahui sahabat baiknya telah tiada.

“Ya Allah balik kerja tengok dia senyap je ”

Dia turut berkongsi gambar kanak-kanak itu yang duduk menyendiri di atas sofa.

Menurutnya, keadaan itu sangat berbeza kerana sebelum ini, anak saudaranya sering mencari makanan dan bercerita mengenai sahabat baiknya setiap kali pulang dari sekolah.

“Ya kita pun sebak tengok dia balik sekolah biasa cari makan dulu ni dia senyap je pastu nangis dalam diam biasa balik sekolah selalu cerita pasal sahabat dia Armaan.”

Seorang pengguna lain turut meninggalkan komen bahawa antara banyak perkongsian mengenai tragedi tersebut, kisah persahabatan dua kanak-kanak itu adalah yang paling membuatkan dirinya sebak.

“Allahuakbar.. dlm byk2 posting kat Threads tentang arwah, posting ni paling buat sy sedih.. moga ank buah sis kuat smgt utk teruskan sekolah..”

Mungkin bagi orang dewasa, kehilangan boleh difahami dengan kata-kata dan penjelasan. Namun bagi seorang kanak-kanak yang belum benar-benar mengerti makna kematian, kehilangan sahabat yang setiap hari ditemui di sekolah pastinya sesuatu yang amat sukar untuk diterima.

Semoga anak kecil ini terus diberikan kekuatan, dan semoga Allahyarham Armaan ditempatkan di tempat yang paling indah di sisi-Nya. Al-Fatihah buat Armaan dan seluruh keluarganya. – The Malaysian Update

The post “Ya Allah Balik Kerja Tengok Dia Senyap Je…” – Rakan Kongsi Kesedihan Anak Kehilangan Sahabat Baik, Armaan appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved