ByteDance, syarikat induk sebalik TikTok hari ini memperkenalkan sebuah fon telinga nirwayar mereka tersendiri, dinamakan sebagai Ola Friend. Buat masa ini, produk ini hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.

Fon telinga nirwayar ini turut membawakan sebuah ciri khas, yang membolehkan pengguna berkomunikasi dan berbual dengan AI chatbot, tanpa perlu mengakses telefon pintar. Sebaik sahaja selesai menetapkan fon telinga nirwayar berkenaan, pengguna seterusnya boleh menyeru pembantu AI berkenaan, dan bertanyakan pelbagai perkara melaluinya.
Di China, ByteDance menawarkan aplikasi berasaskan kecerdasan buatan janaan (GenAI) dinamakan sebagai Doubao. Ia mempunyai angka pengguna yang tinggi, dan melalui fon telinga nirwayar ini, ia berhubung ke perkhidmatan berkenaan dalam menawarkan pelbagai jawapan kepada pertanyaan.
ByteDance menawarkan Ola Friend ini dalam empat pilihan warna di China, pada harga 1199 Yuan, iaitu sekitar RM730.
