Qwen 3.8 Max Dilancarkan – Model Bahasaraya Terbaru Alibaba Dengan 2.4 Trilion Parameter

TechnologyDigital
3 Aug 2026 • 6:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Alibaba hari ini memperkenalkan model bahasaraya terbaru mereka, Qwen 3.8 Max yang dibangunkan khas untuk perkhidmatan AI awanan Qwen Cloud mereka. Model bahasaraya terbarua ini tampil dengan sokongan untuk 2.7 trilion parameter, yang mana 95 bilion daripadanya adalah aktif sepanjang masa.

Menurut Alibaba, kelebihan Qwen 3.8 Max hadir untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan AI awanan untuk tujuan-tujuan seperti pengaturcaraan berautomasi, penyelidikan yang memerlukan pemprosesan data pada skala yang besar dan juga tugasan-tugasan AI jangka masa panjang (long-horizon tasks).

Image from: Qwen 3.8 Max Dilancarkan – Model Bahasaraya Terbaru Alibaba Dengan 2.4 Trilion Parameter

Model bahasaraya Qwen 3.8 Max juga dikatakan mampu menghasilkan sebuah projek pengaturcaraan dengan data yang terkumpul dalam satu dokumen penyelidikan sahaja. Berbekalkan data yang diberikan dan sekumpulan GPU sahaja, Qwen 3.8 Max mengambil masa selama lima hari (125 jam usaha berterusan) dan telah mengaturcara 7600 baris kod, mengambil lebih 1100 tindakan, dan menjalankan 33 pusingan latihan GPU untuk menghasilkan semula eksperimen-eksperimen yang terkandung didalam dokumen penyelidikan tersebut.

Lebih menarik lagi, setelah model bahasaraya tersebut berjaya menghasilkan semula eksperimen-eksperimen ini, ia kemudiannya mengambil masa 88 jam lagi untuk mempelajari bagaimana untuk memperbaiki lagi proses-proses ini supaya ia boleh menjadi lebih cekap.

Model bahasaraya Qwen 3.8 Max kini digunakan untuk menguasakan perkhidmatan AI Alibaba seperti Qwen Work yang kini boleh mendraf dokumen, menganalisis data, menjana audio dan video, dan membina laman web dengan cepat dan tepat.

Jika anda berminat untuk mencuba Qwen 3.8 Max, anda boleh ke laman web ini dan masukkan sebarang pertanyaan ataupun permintaan melalui teks dan juga suara.

Sumber: Qwen

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved