Jelas Berbeza Sebelum & Selepas ‘Lovely Runner’, Ribuan Peminat Sambut Byeon Wooseok Di Airport

EntertainmentMusic
6 Jun 2024 • 10:50 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa sangka, tuah Byeon Woo-seok terletak pada drama “Lovely Runner”.

Terbaru pada 6 Jun, Byeon Woo-seok telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, dalam perjalanan ke Taiwan bagi menghadiri acara perjumpaan peminatnya.

Setibanya lelaki itu di sana, kedatangannya telah disambut meriah wartawan dan ribuan peminat yang memenuhi lapangan terbang, bagi berpeluang untuk melihat sekilas pandang pelakon tersebut.

Malahan di laman X, peminat juga telah membandingkan popularitinya sebelum dan selepas membintangi “Lovely Runner”, dengan perbezaan yang jelas ketara.

Komen peminat bangga,

  • Saya sangat bangga dengan awak.
  • Awak memang disayangi, Byeon Woo-seok.
  • Byeon Woo-seok di era idolanya!

Selayaknya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.