“Sebenarnya..” – Meski ‘Lovely Runner’ Popular, Kim Hyeyoon Akui Tiada Tawaran Untuk Projek Baru

Entertainment
31 May 2024 • 10:09 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Selepas 16 episod, drama “Lovely Runner” telah pun melabuhkan tirainya.

Menerusi satu temu bual yang dilakukan susulan tamatnya drama tersebut, Kim Hye-yoon ada menjelaskan mengenai kontroversi di mana peminat menggesa agar agensi lebih mempromosikan wanita itu menerusi pelbagai projek.

Hal ini kerana, ketika “Lovely Runner” ditayangkan, Byeon Woo-seok telah muncul dalam pelbagai rancangan hiburan bahkan terima banyak tawaran berlakon namun, tiada berita mengenai Kim Hye-yoon.

Mengenai ini, wanita itu dengan jujur mengaku,

Sebenarnya, tiada siapa yang menelefon saya. Saya yakin saya akan bekerja keras jika mereka menghubungi saya.

image is not available

Sambungnya lagi,

Ini adalah satu situasi yang membuatkan saya berasa ‘Saya menerima kasih sayang sebanyak ini.’ Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kim Hye-yoon pun layak terima penghargaan yang sepatutnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.